Ahad, 10 Mac 2013

LAGU UNTUKMU!!!!




ok kelas....sekarang cikgu nak buat satu aktiviti untuk kamu semua......cikgu nak kamu semua duduk dalam kumpulan kamu secara berlima dan dengar arahan cikgu yang seterusnya...
"AKTIVITI KUMPULAN"....

sering kali kita mendengar guru-guru dalam mengelolakan P&P mereka pasti akan menggunakan kaedah kerja berkumpulan sebagai salah satu daripada kaedah pelaksanaan RPH mereka...namun selalunya pasti akan timbul masalah terutamanya sewaktu pelajar ingin bertukar ke stesyen seterusnya...sebagai mengatasi masalah ini,,,saya telah mencadangkan agar digunakan kaedah nyanyian sewaktu pelajar pergi ke stesyen seterusnya..aktiviti ini dinamakan "lagu untukmu"....

langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti "lagu untukmu"...
  1. murid-murid akan membaca lirik lagu bersama-sama guru
  2. murid mendengar guru menyanyikan lagu tersebut dan murid-murid akan mengikut menyanyi bersama
  3. secara berkumpulan yang telah ditetapkan,,,,murid akan bergerak ke stesyen seterusnya dengan syarat mereka perlu menyanyikan lagu tersebut sehingga ke stesyen seterusnya...
  4. sekiranya didapati murid menyebut selain daripada lagu tersebut,,guru akan mengenakan denda kepada kumpulan tersebut
  5. aktiviti di ulang hingga semua murid berjaya melengkapkan aktiviti kesemua stesyen tersebut
  6. muri-murid duduk di hadapan guru untuk aktiviti penutup dan sesi penyampaian hadiah...
kenapa aktiviti ini disarankan untuk di ketahui oleh semua bakal pendidik????


  1. lumrah bagi seorang guru untuk menggunakan aktiviti berkumpulan dalam P&P
  2. seronok,,menarik,,merapatkan hubungan pelajar....
  3. paling penting.....tiada menggunakan modal yang besar(hanya pastikan peti suara anda berfungsi dengan baik)
bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini???

  1. lirik lagu..
  2. peti suara yang baik..
LIRIK LAGU CADANGAN SAYA!!!!!
Wonderpets, wonderpets, kami datang
Membantu anak haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy

KENAPA WONDERPETS????????
  1. mendedahkan kepada murid tentang sifat mahmudah (membantu orang)
  2. semangat bekerjasama dalam kerja berkumpulan
  3. pastinya lirik ini diketahui oleh murid-murid

1 ulasan:

  1. bagusnye aktiviti ni.. pernah guna ke dalam P&P??? ada masalah x??

    BalasPadam